Wasiat Harta Pusaka As-Salihin Trustee Bhd
========================================================================
WASIAT/DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN/DEKLARASI HIBAH/PENTADBIRAN
AS-SALIHIN TRUSTEE BHD adalah sebuah syarikat Amanah yang menjalankan perkhidmatan perancangan harta pusaka islam.
Ditubuhkan utk melindungi, memelihara dan mengagih harta umat islam berpandukan Syariah, dengan pemantauan Lembaga Penasihat Syariah.
Antara ahli lembaga Pengarah terdiri drpd ;
1. Tun Dato’ Dr.Hj. Mohamed Salleh Abas
2. Tunku Dato’ Dr. Hajjah Sofiah Jewa
3. Dato’ Dr. Ashar Bin Abdullah
4. Puan Fatimah Mahmood
5. En. Abdul Aziz Peru Mohamed
Ahli Lembaga Penasihat Syariah pula terdiri daripada ;
1. Tun Dato’ Dr.Hj. Mohamed Salleh Abas
2. Dato’ Seri Setia Haji Mohd Tamyes Abd. Wahid (MUFTI SELANGOR)
3. Profesor Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj Abd.Majid
4. Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamood
5. Prof. Salleh Buang
Apa Kelebihan-Kelebihan AS-SALIHIN TRUSTEE BHD ?
1. Pakar dalam penulisan Wasiat Islam
2. Menyediakan wasiat yang lengkap berdasarkan keperluan, keadaan & perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.
3. Mempunyai Penasihat Undang-Undang dan Lembaga Penasihat Syariah untuk mengawal dan memastikan kesahihan wasiat kami.
4. Kerahsiaan wasiat pelanggan terjamin dan selamat dari segala bentuk bencana atau cubaan merosak atau menukar wasiat.
6. Pengecualian daripada Bon Pentadbiran Syarikat Amanah, As-Salihin dikecualikan daripada keperluan Bon Pentadbiran.
7. Proses Undang-Undang yang segera (tadbir harta selepas kematian dgn singkat & tiada pertelingkahan).
8. Sedia membantu anda pada bila-bila masa & di tempat bersesuaian dgn anda.
9. Perkhidmatan yang mesra dan memastikan perhubungan yang akrab di antara pelanggan.
10. Syarikat Amanah As-Salihin yang berkekalan/berterusan hingga pembahagian harta terakhir.
REALITI DUKA masyarakat kita selepas kematian ;
* Waris-waris sukar membuat tuntutan ke atas harta pusaka
* Balu terpaksa mengalirkan keringat menampung keluarga walaupun si mati ada meninggalkan harta.
* Hak pemilikan tanah masih lagi di atas nama mereka yang telah meninggal dunia.
* Tanah terbiar akibat kesukaran melaksanakan transaksi ke atas tanah milik si mati.
* Wang yang telah lama terkumpul tersia-sia tidak dapat diguna pakai oleh waris selepas kematian.
SANGGUPKAH KITA MEMBIARKAN WARIS KITA MENERIMA NASIB YANG SAMA??
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Adalah lebih baik kamu meninggalkan waris2 mu dalam kekayaan dari dalam keadaan meminta-minta”
“Orang yang tidak mewasiatkan hartanya adalah orang yang malang”
APA ITU HIBAH ?
Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada sebelah pihak (PENGHIBAH) dan penerimaan daripada sebelah pihak (PENERIMA HIBAH). “Pri Hibah” adalah produk As-Salihin yang mengunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisma untuk menjamin hak anak-anak setlor. Ianya adalah suatu pemberian.
Deklarasi Hibah
~Deklarasi Hibah ialah satu deklarasi yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen yang bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.
Ciri-ciri Pri-Hibah di As-Salihin
- Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
- Pemberian daripada ibubapa kepada anaknya.
- Pemberian boleh dibatalkan oleh ibubapa
- Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah.
Kelebihan membuat Pri-Hibah
- Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunapakai sebagai instrument untuk membuat pembahagian samarata untuk anak-anak.
- Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
- Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan tidak berupaya.
- Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.
*Deklarasi Hibah hanya boleh dibuat sekiranya anak tersebut boleh menerima manfaat aset tersebut semasa deklarasi dibuat.